Maran, 21 Mac 2023 – Program Saringan Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 di Kem Wawasan Negara Maran, Pahang telah berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2023.

Program ini telah dihadiri oleh 20 peserta yang merupakan alumni dari Program MFLS Tier 2. Peserta program ini dipilih melalui proses saringan dan sesi temuduga yang telah dilaksanakan di seluruh negara.

MFLS Tier 3 merupakan program fasa terakhir bagi program MFLS yang bertujuan melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara dan berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan antarabangsa. Objektif utama MFLS Tier 3 adalah berdasarkan tujuh (7) elemen iaitu pembentukan watak dan jati diri, kepimpinan, kenegaraan, keusahawanan, kesukarelawanan, komunikasi dan pengantarabangsaan
Kesemua slot disusun sebagai pendedahan secara langsung kepada para peserta berkaitan elemen-elemen yang diterapkan sepanjang program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01