Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Putrajaya, 21 Mac 2023 – Pasukan Sukarelawan i-LEAD bersama-sama Team KBS telah terlibat dalam Program Gotong-Royong Pasca Banjir di Johor pada 21 Mac 2023.
Misi ini telah berlangsung selama dua hari dan melibatkan kawasan yang terjejas banjir di sekitar daerah Batu Pahat. Pasukan Sukarelawan i-LEAD telah diberi tugasan di Sekolah Rendah Seri Nasib Baik, Parit Ya’ani, Yong Peng.
Majlis Pelepasan Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) telah disempurnakan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dataran Bulatan Putra Perdana dengan penglibatan 1,520 sukarelawan penjawat awam daripada pelbagai agensi, jabatan dan kementerian termasuk daripada Pejabat Perdana Menteri.