Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Kuala Lumpur, 19 Mac 2023 – i-LEAD telah terlibat sama dalam Program Youth Empowerment Fair 2023 menerusi sesi Kuiz Madani Interaktif yang telah berlangsung pada 19 Mac 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Saudara Mohd Kamal bin Mohd Affandi, Penolong Pengarah Kanan, Kluster Modal Insan, i-LEAD telah mengendalikan Kuiz Madani Interaktif kepada para belia yang hadir ke program tersebut.
Turut hadir sama semasa sesi kuiz berlangsung ialah YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama-sama YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD.