Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Kuala Lumpur, 17 Mac 2023 – Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti dengan kerjasama Kluster Kepimpinan, i-LEAD, KBS telah menganjurkan Bengkel Outdoor MFLS : Keselamatan Dalam Air pada 15 hingga 17 Mac 2023 bertempat di Akademi Kenegaraan Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.
Penganjuran program ini adalah sebagai persediaan kompetensi bagi pelaksanaan aktiviti dalam air kepada pegawai dan jurulatih MFLS bagi pengendalian aktiviti dalam air yang selamat di samping mengurangkan risiko kadar kemalangan semasa menjalankan aktiviti. Bengkel ini juga memberi pendedahan kepada peserta kepada penilaian risiko melalui aktiviti kajian lapangan yang dilaksanakan bagi meningkatkanmeningkatkan pengetahuan, pengalaman kemahiran khusus dalam aktiviti rekreasi dalam air.
Bengkel ini telah dilaksanakan dengan tenaga pakar dan fasilitator daripada Universiti Putra yang diketuai oleh YM Prof. Madya Dr. Tengku Fadilah binti Tengku Kamalden, Pensyarah Kanan, UPM.
Majlis Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur. Manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Hanafi bin Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan),i-LEAD di UPM, Selangor.