Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Port Dickson, 16 Mac 2023 – Pada 13 Mac hingga 15 Mac 2023 telah berlangsung Bengkel Literasi Kewangan Belia – Training of Trainers (TOT) Siri 2 yang melibatkan 32 orang peserta. Bengkel ini telah dihadiri oleh para Pegawai kluster dan bahagian dari Ibu Pejabat i-LEAD. Turut hadir Pegawai dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan dari pelbagai Kem Wawasan Negara seluruh negara. Bengkel ini merupakan kolaborasi antara Kluster Kerjaya bersama-sama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Bengkel ini telah berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel yang berkonsepkan Training of Trainers (TOT) ini bertujuan untuk memberikan latihan berkaitan modul literasi kewangan dalam melahirkan tenaga pakar dari kalangan pegawai i-LEAD dalam menyampaikan perkongsian berkaitan pendidikan kewangan kepada peserta dalam program-program yang akan dilaksanakan oleh Kluster Kerjaya khususnya. Antara pengisian yang terkandung dalam bengkel ini adalah berkaitan pengurusan kewangan belia dan keluarga, kaedah berbelanja dengan berhemah serta tips bagi mengelakkan dari penipuan scammers.
Tenaga Pengajar daripada pihak LPPKN diketuai oleh Encik Fauwaz bin Hasbullah iaitu Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga. Turut membantu ialah YBrs. Dr. Annita binti Mohd Hedzir, Encik Mohd Mazua bin Mohammad Mazlan, Puan Nur Nabila binti Jaafar, Puan Nor Hayati binti Kasim, Puan Husna Faredza binti Zolkafali, Encik Halim bin Hasaudin dan Encik Muhammad Hafizul bin Ibrahim.
Modul SMARTbelanja@LPPKN amat menarik untuk dipraktikkan kepada belia kerana modul ini menggabungkan pengisian secara hands-on iaitu pelbagai aktiviti simulasi beserta perkongsian panel. Peserta juga dibekalkan handout slaid dan Rancangan Sesi Pembelajaran (RSP) berkaitan modul ini bagi tujuan memudahkan kefahaman.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak LPPKN atas kesudian berkongsi kepakaran dengan i-LEAD. Tahniah atas komitmen semua pihak yang terlibat.