Kuala Lumpur, 10 Mac 2023 – Kluster Kerjaya i-LEAD dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) Kuala Lumpur telah melaksanakan Seminar Money Talk 2023 pada 10 Mac 2023 bertempat di Dewan Kuliah, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Seminar ini disertai oleh 180 orang siswa guru IPGKIK dengan dibimbing oleh barisan fasilitator terdiri daripada pegawai Kluster Kerjaya, i-LEAD, KBS. Fokus seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran belia terhadap literasi kewangan khusus dalam menangani isu belia muflis.

Majlis perasmian penutup seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Faridah binti Yakob, Pengarah IPGK Ilmu Khas dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Dharzuky bin Daud @ Zakaria, Ketua Penolong Pengarah, Kluster Kerjaya i-LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01