Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Ulu Sepri, 10 Mac 2023 - Kluster Kepimpinan, i-LEAD dengan kerjasama Kem Wawasan Negara (KWN) Ulu Sepri telah melaksanakan Bengkel Dry Run Program MFLS Tier 2 pada 6 hingga 10 Mac 2023 bertempat di KWN Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
Bengkel ini telah melibatkan penyertaan seramai 73 trainer Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan 8 orang pegawai penyelaras program MFLS mewakili 15 kem seluruh Malaysia.
Bengkel ini antaranya bertujuan membincangkan berkaitan pentadbiran, kewangan serta menyelaras pengisian modul program MFLS tahun 2023.