Ipoh, 11 Mac 2023 - Seminar Money Talk 2023 anjuran Kluster Kerjaya, i-LEAD dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh Perak telah berlangsung pada 11 Mac 2023 bertempat di Dewan Kuliah Seri Melati, IPG Kampus Ipoh, Perak.

Seminar ini disertai oleh 190 siswa guru IPG Ipoh dengan dibimbing oleh dua orang penceramah iaitu Puan Tung Ka Yin, Ketua Cawangan AKPK Ipoh dan Encik Mohd Syahrul Azmi Bin Esha, Pegawai Kanan dan Penasihat Kewangan AKPK Ipoh, Perak.

Fokus seminar ini sebagai persediaan dan langkah pencegahan kepada golongan penjawat awam, khususnya kepada IPG Kampus Ipoh Perak daripada terlibat dengan masalah kebankrapan serta meningkatkan kefahaman serta kesedaran terhadap literasi kewangan. Antara topik yang telah dikongsikan oleh kepada peserta seminar kali ini berkenaan tentang Pengurusan Aliran Tunai dan Pinjam Jangan Sampai Pitam.

Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia IPG Kampus Ipoh. Turut hadir ialah Encik Aznan Bin Shamsuddin, Penolong Pengarah Kanan, Kluster Kerjaya, i-LEAD.

Pihak Kluster Kerjaya, i-LEAD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak IPG Kampus Ipoh Perak dan semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung atas penganjuran seminar Money Talk 2023 ini.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01