Cameron Highlands, 12 Mac 2023 - Bengkel Penyediaan Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih i-LEAD telah diadakan pada 10 hingga 12 Mac 2023 bertempat di Institut Penyelidikan MARDI, Cameron Highland Pahang.

Bengkel yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan, i-LEAD ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta.

Penceramah jemputan yang mengendalikan bengkel ialah Puan Rohaiza binti Manab dan dibantu oleh Puan Yuslawati binti Yunus dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara objektif bengkel ini ialah memberi kefahaman yang jelas kepada pengguna di PTJ berkenaan proses perakaunan aset yang lengkap serta membantu PTJ agar lebih mahir dalam pelaporan yang dijana dari sistem iGFMAS dan SPPA.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01