Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Melaka, 6 Februari 2023 – Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 1 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjong, Melaka telah berlangsung pada 6 Februari 2023.
Program kali ini telah melibatkan 550 orang pelajar. Ia dilaksanakan bagi membantu pihak sekolah dalam proses saringan murid dengan lebih mudah dan lancar. Para pelajar telah diberi taklimat berkaitan keseluruhan program dan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai program MFLS ini.
Antara pengisian proram ialah taklimat Pengenalan i-LEAD, KBS dan MFLS serta tayangan video program MFLS Tier 2. Pelajar juga berkesempatan mendapatkan perkongsian pengalaman daripada Alumni MFLS, Angkatan Belia MFLS (ABM) dan Malaysia Tanah Airku (MADANI).