Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Sesi Kunjung Hormat daripada Puan Ainon Mohamad, Pemilik Ainon Business School (ABS) dan pegawai-pegawai pengiring ke i-LEAD telah berlangsung pada 10 Januari 2023 bertempat di Perpustakaan Optimis, i-LEAD.
Pasukan ABS telah disambut oleh Kluster Kepimpinan dan Perpustakaan Optimis, i-LEAD dan diketuai oleh YBrs. Dr. Haji Hanafi Bin Harun, Pengarah Kluster Kepimpinan, i-LEAD.
Menerusi pertemuan ini telah diadakan perbincangan mengenai jalinan kolaboratif bagi pelaksanaan program bersama-sama i-LEAD serta percambahan idea bagi melahirkan Modul Minda Usahawan Dalam Kepimpinan Muda.