Seremban, 16 November 2022 - Bahagian Penyelarasan Strategik, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 16 November 2022.

Turut hadir ke lawatan ini pegawai dari Bahagian Pengurusan i-LEAD dan Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Lawatan ini diketuai oleh Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Pengarah Bahagian Strategik.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat secara lebih dekat proses dan langkah-langkah penerimaan hasil KOMBES PAROI.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kerana sudi menerima kunjungan dari i-LEAD.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01