Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Kuala Lumpur, 24 September 2022 – Kluster Kenegaraan telah melaksanakan Program Rukun Negara@Belia (RNB) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) - Projek Rukun Negara (5 Segmen pada 24 September 2022 bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Program ini telah berlangsung dengan penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama memberi sokongan barisan pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPGK Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah bersama-sama bekerjasama dalam menjayakan program pada kali ini. Harapan yang tinggi kepada para peserta agar apa yang diperolahi menerusi program ini dijadikan sebagai perkongsian ilmu untuk generasi yang akan datang dan juga sentiasa konsisten bersemangat dalam memupuk semangat patriotik ke dalam diri sebagai warganegara.