Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini
Kuala Lipis, 21 September 2022 – Kluster Kepimpinan melalui Malaysia Young Leaders Programme (MyLEAP) meneruskan lagi program bersama-sama mahasiswa universiti awam untuk Siri ke 4 dan 5 yang telah berlangsung pada 17 sehingga 21 September 2022 bertempat di Kem Wawasan Negara Lipis, Pahang.
Program kali ini merupakan giliran peserta dari Universiti Malaya dan dilaksanakan sebanyak 2 siri. Siri 4 dan siri 5 ini kedua-duanya adalah dari kalangan pemimpin mahasiswa yang akan menjadi Pemudahcara semasa Minggu Haluan Siswa.
Seramai 198 orang peserta telah menghadiri siri 4 dan diikuti siri ke 5 juga disertai oleh seramai 198 orang peserta. Sepanjang program mereka telah mengikuti modul yang telah di atur secara indoor dan outdoor termasuk menerapkan nilai kepimpinan dan kenegaraan kepada mereka serta pemberian kefahaman berkaitan tentang “Leading Self, Leading People dan Leading Organisation”.