Berita Terkini
- Written by iLEAD2
- Category: Berita Terkini



Nilai, 11 September 2022- Seminar Kerjaya Career Starter for Youth (CS4Y) Siri 1 anjuran Bidang Penjanaan Ekonomi, Kluster Kerjaya i-LEAD dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua (IKTBN Dusun Tua) telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah disampaikan oleh Puan Nur Mastura Binti Mansor di bawah tajuk Pengurusan Kerjaya.
Program seminar yang dijalankan secara hibrid ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) serta belia-belia setempat terhadap personaliti diri sendiri dan tatacara penampilan diri secara professional bagi kerjaya masa kini.
Penekanan seminar ini diberikan kepada setiap peserta mengenai kemahiran insaniah bagi pembangunan kerjaya di masa hadapan bagi menarik minat belia pengajian tinggi khususnya mahasiswa IKTBN Dusun Tua untuk mendapatkan informasi dan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh agensi-agensi serta syarikat yang berkaitan dengan Automotif, Kejuteraan Awam dan sebagainya. Penekanan modul Career Starter for Youth (CS4Y) dalam seminar ini adalah untuk mengaplikasikan tips growth mindset untuk pembangunan diri, mengenalpasti masalah dan menyenaraikan kaedah membangunkan potensi diri untuk perkembangan kerjaya.