Putrajaya, 15 September 2022 - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker telah menyempurnakan Majlis Penutupan Program Maraton Intelek 5763 bagi tahun 2022 pada hari ini bertempat di Studio i-LEAD, Putrajaya.

Program Maraton Intelek 5763 telah berlangsung secara hibrid menerusi aplikasi Zoom, FB Live i-LEAD dan bersemuka bermula pada bulan Ogos sehingga 15 September 2022.

Sebanyak 11 siri Forum telah berlangsung dengan membariskan pelbagai panel yang mahir dan pakar dalam bidang dan tajuk yang dipilih untuk dibincangkan. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dan memberikan sokongan dalam Program Maraton Intelek 5763 bagi tahun 2022.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01