Berita Terkini
- Written by iLEAD1
- Category: Berita Terkini

PUTRAJAYA, 08 JULAI 2020 – Kluster Kerjaya, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Career Cube telah menganjurkan website seminar (Webinar) yang bersiaran secara langsung di laman sosial facebook i-LEAD. Program tersebut telah membincangkan tajuk “Tips Memburu Kerja Ketika Penularan Wabak Covid-19”.
Ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan pencari pekerjaan iaitu Tuan Nik Akmal Afif bin Nik Othman, Pakar Perunding Kerjaya daripada Career Cube telah dijemput berkongsi ilmu dan pengalaman dalam sesi kali ini. Manakala Puan Nurul Hayati Jamil, Penolong Pengarah, dan Encik Mohd Zamrin Siran, Penolong Pengarah Kanan telah bertindak sebagai moderator.
Sepanjang sesi berlangsung, antara tips yang dikongsi adalah bagaimana mereka yang mencari kerja memilih majikan yang bersesuaian dengan minat mereka sehingga tidak menyebabkan akhirnya pilihan pekerjaan yang mereka miliki semata-mata hanya memenuhi gaji bulanan mereka.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh layari Facebook @ileadkbsmsia.