Berita Terkini
- Written by upkp
- Category: Berita Terkini
Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diberikan kepada pegawai-pegawai KBS yang menunjukkan prestasi cemerlang dari segi sahsiah dan kompetensi di mana penilaian dibuat dalam tempoh 3 bulan bagi setiap siri penilaian AKPT KBS. Setinggi tahniah dan syabas kepada Puan Hazwathul Nadia binti Abu Marshah atas Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulan April bagi kategori Kumpulan Pelaksana dari Bahagian Pengurusan i-LEAD. Semoga anugerah ini memberi semangat dan perangsang kepada semua.