Fungsi Kluster di bawah
Sektor Pembangunan
BAHAGIAN INOVASI DAN JAMINAN KUALITI
Cawangan Inovasi Dan Kualiti
- Menyelaras, melaksana dan menilai pelaksanaan aktiviti / program pembudayaan inovasi dan kualiti.
- Menyediakan dokumen, mengenalpasti dan menyelaras aktiviti bagi memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001/2018, Audit Dalaman berkaitan kualiti program dan aset, Inisitaif Amalan Terbaik seperti EKSA dan sebagainya.
- Menyelaras pelaksanaan audit dan pemantauan program dan aset bagi tujuan jaminan kualit.
- Meneliti cadangan-cadangan inovasi oleh KIK / Bahagian / Individu.
Cawangan Akreditasi Dan Pengiktirafan
- Mengenalpasti dan menyelaras pelaksanaan akreditasi dan pengiktirafan bagi program-program i-LEAD.
- Mengenalpasti pengukuran akreditasi dan penilaian keberkesanan bagi program-program i-LEAD.
- Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan latihan berkaitan akreditasi dan pengiktirafan.
BAHAGIAN PENYELARASAN STRATEGIK
Cawangan Perancangan
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan StrategiK i-LEAD.
- Memastikan hala tuju Pelan Strategik i-LEAD selaras dengan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-11, Dasar Belia Negara, Dasar Sukan Negara dan lain-lain Pelan Strategik di peringkat Nasional dan Kementerian.
- Memantau pelaporan keberhasilan (outcomes) KPI Menteri/ KSU yang berkaitan dengan i-LEAD.
- Bekerjasama dengan Cawangan Kewangan Dan Aset untuk perancangan dan agihan peruntukan ibu pejabat dan Kem Wawasan Negara berdasarkan Outcome Based Budgeting (OBB).
- Menyelaras input / maklumbalas mesyuarat / soalan parlimen berkaitan i-LEAD.
Cawangan Kerjasama Strategik
- Menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dan Nota Jemaah Menteri (NJM) dan menyelaras ulasan-ulasan berkaitan MJM yang berkaitan dengan i-LEAD.
- Merancang dan menyelaras kolaborasi strategik i-LEAD dengan agensi kerajaan/GLC/NGO di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Membantu menyelaras dan memudahcara kolaborasi Kem Wawasan Negara dengan komuniti setempat atau agensi kerajaan/GLC/NGO.
- Menyelaras kerjasama strategik dan kunjungan hormat pihak luar sama ada dari dalam dan luar negara ke i-LEAD atau kunjungan i-LEAD ke organisasi luar.
BAHAGIAN PENGURUSAN
Cawangan Kewangan Dan Perolehan
- Mewujudkan infrastruktur berkualiti kepada pelanggan.
- Sebagai pusat latihan awam kerajaan.
- Mewujudkan Kem Wawasan Negara yang mempunyai identiti sendiri.
- Memastikan penggunaan di tahap optimum.
- Menggiatkan kreativiti dan inovasi di Akademi Kenegaraan dan Kem Wawasan Negara.
Cawangan Pentadbiran Am Dan Aset
- Menguruskan kemudahan/ infrastruktur bagi keselesaan pegawai dan kakitangan Jabatan.
- Memastikan kerja pembersihan dan kawalan keselamatan dilaksana mengikut perjanjian kontrak.
- Memastikan urusan aset alih kerajaan diuruskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pekeliling.
- Memastikan tatacara pengurusan stor kerajaan dipatuhi mengikut pekeliling.
- Menguruskan penerimaan dan pengeposan surat-surat.