SOALAN : Latar belakang Malaysia Future Leaders School (MFLS)?

JAWAPAN : MFLS adalah sebuah program nasional yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan Malaysia. Program ini adalah inspirasi daripada Japan Future Leaders School (JFLC). Ia juga telah diputuskan di peringkat Mesyuarat Kabinet (Jemaah Menteri) bagi membentuk jati diri belia yang lebih berkualiti di masa hadapan. Ia merupakan sebuah program terancang di mana melibatkan 3 fasa yang dikenali sebagai Tier iaitu Tier 1, Tier 2 dan Tier 3. MFLS telah dilancarkan pada 3 Mei 2019 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia.

SOALAN : Apakah Objektif MFLS?

JAWAPAN : Terdapat tujuh (7) objektif program MFLS iaitu:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kepimpinan
2. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kenegaraan
3. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan pembentukan watak dan jati diri
4. Meningkat pengetahuan dan kefahaman berkaitan kesukarelawanan
5. Meningkat pengetahuan dan kefahaman berkaitan keusahawanan
6. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan komunikasi
7. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaiatan penantarabangsaan
 

SOALAN : MFLS mempunyai tiga (3) peringkat /Tier pelaksanaan. Boleh terangkan serba ringkas mengenai setiap tier dalam MFLS?

JAWAPAN : Pemilihan peserta adalah inklusif di mana peserta terdiri daripada murid yang berumur antara 15 hingga 17 tahun (tingkatan 3 hingga tingkatan 5) dan terdiri daripada pelbagai kaum. Peserta juga terdiri dari pelbagai latar belakang dari segi status sosio-ekonomi dan pencapaian akademik.


SOALAN : MFLS mempunyai tiga (3) peringkat /Tier pelaksanaan. Boleh terangkan serba ringkas mengenai setiap tier dalam MFLS?

JAWAPAN : Tier 1 adalah fasa saringan dimana pihak sekolah memilih pelajar terbaik berasaskan kriteria yang ditetapkan bagi menjadi peserta MFLS Tier 2. Kriteria peserta MFLS ialah warganegara Malaysia, merupakan murid sekolah menengah yang berumur 15 hingga 17 tahun (Tingkatan 3 hingga tingkatan 5), terdiri daripada pelbagai kaum (Melayu / bumiputera : 70%, Cina: 20%, India: 9%, lain-lain: 1%), mempunyai pencapaian akademik (cemerlang: 60%, sederhana: 40%) dan pendapatan isi rumah (B40: 60-70%, M40: 30-10%, T20: 10-20%). Tiga (3) pihak yang terlibat dalam menyumbang peserta MFLS iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kategori sekolah yang terlibat dalam dalam Program MFLS ini ialah Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Berasrama Penuh ,Sekolah Kluster Kecemerlangan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Tahfiz JAKIM, Sekolah Conforming, Sekolah Sukan, Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Swasta, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Harian.

Tier 2 merupakan fasa kedua Program MFLS yang bertujuan untuk melahirkan belia yang boleh menyumbang kepada masyarakat. MFLS Tier 2 diadakan selama 10 hari yang meliputi aktiviti indoor dan outdoor dan dilaksanakan di kem-kem yang telah ditetapkan. Terdapat lima (5) elemen yang ditekankan dalam MFLS Tier 2 iaitu kepimpinan, pembentukan watak dan jati diri, kenegaraan, keushawanan dan kesukarelawanan. Disepanjang tempoh 10 hari tersebut para peserta akan dinilai oleh barisan fasiltator bagi memilih peserta terbaik untuk menjadi peserta MFLS Tier 3. 

Tier 3 MFLS Tier 3 merupakan fasa terakhir dalam MFLS yang bertujuan untuk melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat antarabangsa. Mereka yang terpilih mengikuti MFLS Tier 3 ini akan berpeluang mengikuti aktiviti yang lebih advance dengan pelbagai pendedahan di dalam dan luar negara. Terdapat tujuh (7) elemen yang ditekankan dalam MFLS Tier 3 iaitu kepimpinan, pembentukan watak dan jati diri, kenegaraan, keushawanan dan kesukarelawanan, komunikasi dan pengantarabangsaan. Bagi memenuhi elemen pengantarabangsaan ini, dua (2) akiviti telah diwujudkan dalam MFLS Tier 3, iaitu Asean Cultural Heritage dan MFLS Go Global. Bagi Asean Cultural Heritage para peserta akan berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti dinegara-negara Asean manakala MFLS Go Global, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti di negara selain negara Asean.

SOALAN : Sehingga kini, berapa ramai peserta yang telah mengikuti program MFLS?

JAWAPAN : Sehingga tahun 2022, jumlah yang telah mengikuti MFLS Tier 2 adalah seramai 75,157 orang peserta dan mereka merupakan Alumni MFLS. Manakala peserta yang telah terpilih daripada MFLS Tier 2 menjadi peserta MFLS Tier 3 adalah seramai 540 orang.  

SOALAN : Mengenai Alumni MFLS, apakah aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan kepada bekas peserta MFLS?

JAWAPAN : Peserta yang telah menyertai MFLS dan mendapat sijil penuh program ini secara automatik berdaftar sebagai Alumni MFLS. Alumni MFLS telah menubuhkan sebuah pertubuhan belia yang dinamakan Angkatan Belia MFLS (ABM) bagi meneruskan dan mempraktikkan elemen-elemen yang dipelajari dalam program MFLS iaitu elemen kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jatidiri, kesukarelawanan dan keusahawanan.

Antara aktiviti / program yang disusun untuk Alumni MFLS ialah Kursus Pengurusan Kepimpinan (KPKa), Program NGO Bersama Alumni MFLS, Program Kepimpinan Altruistik (PKA), Bengkel Peningkatan Profesionalisme Alumni MFLS, Seminar Kepimpinan dan Dialog Kepimpinan. Di samping itu, Alumni MFLS adalah sebagai ahli Tutor Altruistik (TRUST). TRUST ditubuhkan untuk sebagai pendedahan dan pendorong kepada belia dalam menyertai program-program kesukarelawanan. Alumni MFLS juga terlibat secara langsung sebagai fasilitator, penceramah atau moderator jemputan dalam program-program anjuran i-LEAD. Selain itu mereka bertindak sebagai ejen i-LEAD untuk membimbing rakan-rakan belia di Institut Pengajian Tinggi. Alumni MFLS juga dilibatkan sebagai panel temuduga dalam program saringan MFLS Tier 3, bagi memilih peserta ke MFLS Tier 3.

SOALAN : Bagaimana untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai MFLS?

JAWAPAN : Untuk keterangan lanjut berkenaan program ini, sila hubungi:

Kluster Kepimpinan
Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD)
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
Aras 4-6, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F
No. 2 Lebuh Perdana Timur A, Presint 1, 62000 Putrajaya.

Atau melalui talian : 03-8872 4766 / 03 8872 4610 / 03 8872 4672
Faks : 03-8872 4788
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01