FUNGSI
- Pengurusan Latihan : Mengurus latihan yang sistematik, komprehensif dan holistic
- Pembangunan Kurikulum/ Modul berasaskan Penyelidikan : Menjalankan kajian penyelidikan berkaitan isu-isu pembangunan kepimpinan belia dan kenegaraan berimpak tinggi sebagai asas kepada pembangunan kurikulum yang sentiasa memenuhi keperluan semasa dan ekspektasi pemegang taruh dan pelanggan
- Pemantauan dan Penilaian Kualiti Latihan : Memantau dan menilai kualiti latihan dalam bidang pembangunan belia dan sukan bagi menyediakan pelbagai peluang dan saluran kepada kumpulan belia meningkatkan potensi dan taraf hidup yang berkualiti
- Khidmat Nasihat dan Runding Cara : Memberikan khidmat nasihat dan runding cara kepada mana-mana agensi yang memerlukan perkhidmatan tersebut khususnya dalam aspek kepimpinan, kenegaraan, pembangunan watak dan jati diri, keusahawanan dan kesukarelawanan
- Penyedia Latihan : Menyediakan latihan yang mendapat akreditasi dari badan-badan bertauliah
- Pembangunan Kepakaran : Membangunkan kepakaran sumber manusia dengan tujuan melahirkan jurulatih yang kompeten dalam menyediakan program latihan yang berkualiti dan berimpak tinggi