Putrajaya, 7 Februari 2023 - i-LEAD di bawah Sektor Kecemerlangan telah melaksanakan Mesyuarat Sektor Kecemerlangan Bilangan 1/2023 bersama-sama pegawai-pegawai Latihan Ibu Pejabat pada hari ini bertempat di Ibu Pejabat i-LEAD, Putrajaya.

Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Kluster Modal Insan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Haji Hanafi bin Haji Harun, Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan, i-LEAD.

“Menoleh pencapaian lalu, Merangka perancangan cemerlang di masa hadapan” dengan tema pemantapan tadbir urus bagi tahun 2023 merupakan fokus utama sektor Kecemerlangan pada tahun ini.

Semoga lebih banyak penjanaan kesedaran dapat diberikan kepada belia-belia di luar sana menerusi latihan yang bakal dilaksanakan oleh i-LEAD.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01