Kuching, 6 Februari 2023 – Kem Wawasan Negara (KWN) Sampadi telah melaksanakan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 1 di SMK Kuching High dan SMK Tun Abang Haji Openg (TAHO) pada 6 Februari 2023.

Tahun 2023, i-LEAD telah merangka sedikit pembaharuan bagi MFLS Tier 1 sebagai usaha menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam program MFLS Tier 2.

Program pada hari tersebut telah telah berjaya melibatkan penyertaan 200 orang pelajar bagi SMK Kuching High. Manakala di SMK TAHO telah mendapat penyertaan seramai 207 orang pelajar.

Encik Mohamad Faizal bin Lamat, Ketua KWN Sampadi dan Encik Darwis bin Dawing, Penolong Ketua KWN Sampadi turut hadir dalam program ini dan menyampaikan taklimat kepada peserta.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01