Putrajaya, 3 Februari - Majlis Perhimpunan i-LEAD Penggal Pertama Tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Februari 2023.

Program yang dihoskan oleh Kluster Kepimpinan telah berlangsung secara hibrid dan diserikan dengan pelbagai pengisian yang menarik.

Perhimpunan ini telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Perkhidmatan Awam yang diiringi oleh Koir Gemersik i-LEAD dan bacaan doa.

Seterusnya majlis diikuti dengan tayangan video imbasan program i-LEAD tahun 2022 dan makluman keluar masuk kakitangan i-LEAD.

YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga i-LEAD. YBrs. Ketua Pengarah turut menyempurnakan Pelancaran Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan i-LEAD serta menyampaikan sijil kepada Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan i-LEAD.

Majlis perhimpunan di akhiri dengan penyampaian Anugerah Khas Perkerja Terbaik (AKPTB) bagi bulan Oktober, November dan Disember 2022 dan sambutan hari kelahiran bagi warga i-LEAD yang lahir pada bulan Januari hingga Mac 2023.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01