Sesi Kunjungan Hormat i-LEAD ke Pejabat YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia telah berlangsung pada 31 Januari 2023.

i-LEAD ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD.

Dalam kunjungan hormat ini satu perbincangan inisiatif belia muflis telah diadakan bagi tujuan pelaksanaan program atau latihan dalam pembangunan potensi belia ke arah menangani isu kebankrapan belia.

Turut hadir sama dalam kunjung hormat ini ialah Encik Siralan Palanisamy, Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) Parlimen, Pejabat Menteri Belia dan Sukan, Puan Nik Hasni Sabihah binti W Ab Rahman, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Puan Musyrifah binti Elias Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik, KBS, pegawai-pegawai i-LEAD serta pegawai-pegawai Jabatan Insolvensi Malaysia.

Semoga kolaborasi ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada para belia dalam menangani isu kebankrapan. Ini penting kerana belia merupakan tunjang utama dalam pembangunan dan keharmonian negara.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13