Putrajaya, 12 Januari 2023 - Sesi Perbincangan Program Microcredential HRD Corp telah berlangsung pada 12 Januari 2023 bertempat di Aras 5, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan, Putrajaya.

Menerusi perbincangan ini, i-LEAD telah mengorak langkah untuk bekerjasama dengan Badan Akreditasi untuk mengakreditasikan modul latihan ke arah pembangunan kurikulum dan latihan yang berkualiti dan diiktiraf.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Pengarah Bahagian Penyelarasan Strategik i-LEAD bersama-sama Encik Elaiyaraj Retnam, Ketua Jabatan Semakan Program dan Akreditasi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp). Perbincangan ini turut melibatkan pegawai Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti serta Kluster Kecemerlangan i-LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01