Berita Terkini
- iLEAD2
- Berita Terkini
Kuala Lumpur, 6 Januari 2023 - Bahagian Pengurusan i-LEAD telah menerima seramai 24 orang pegawai lantikan baharu pelbagai skim perkhidmatan dan gred jawatan terdiri daripada Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pembantu Belia dan Sukan, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Awam yang telah mula melaporkan diri pada 1 Disember 2022 dan 3 Januari 2023.
Selaras dengan pengambilan pegawai baharu ini, satu Kursus Pengenalan Jabatan telah berlangsung pada 3 hingga 6 Januari 2023 bertempat di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.
Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pegawai ini khususnya pengenalan kepada bidang fungsi jabatan dan kementerian khasnya. Selain itu, mereka turut diperjelaskan mengenai tanggungjawab dan tugas-tugas sebagai penjawat awam amnya agar selari dengan hasrat jabatan.
Kursus ini juga telah berjaya melibatkan semua pihak di peringkat Bahagian, Kluster dan Kem Wawasan Negara dalam merealisasikan objektif kursus ini tercapai.
Hadir sama dalam program berkenaan adalah YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD yang turut menyempurnakan Sesi Penyerahan Surat Penempatan kepada semua pegawai terlibat.