Kuching, 12 November 2022 – Kursus Profesionalisme Kerjaya (Pro-K) yang diadakan pada 12 November 2022 bertempat di Kolej Kasturi Universiti Malaysia (Unimas) Kuching, Sarawak.

Kursus Profesionalisme Kerjaya (Pro-K) yang di rancang bersama-sama dengan pelajar IPTA/IPTS bertujuan untuk memberi pendedahan serta peluang yang pelbagai dalam menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Peserta seminar yang terlibat terdiri dari 102 orang pelajar dari pelbagai fakulti seperti Ekonomi baru, fakulti sains dan teknologi sumber dan lain-lain.

Tajuk slot 1: Komunikasi berkesan telah disampaikan oleh Encik Darwis Bin Dawing, Timbalan Ketua Kem Wawasan Negara Sampadi. Manakala Slot 2: Bengkel penyediaan resume dan persediaan temuduga telah disampaikan oleh Muhammad Azizi Bin Rahim, Guru Besar dari Sekolah Kebangsaan Goebilt, Kuching Sarawak.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Kem Wawasan Negara Sampadi, Tuan Mohamad Faizal Bin Lamat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan