Kuantan, 10 November 2022 - Kem Wawasan Negara Bukit Sagu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Kepimpinan Pelajar Pra-U Daerah Kuantan pada 10 November 2022 bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan Pahang.

Program yang dilaksanakan selama setengah hari ini dirangka bertujuan membantu peserta Pra-U dari kuatan dalam mengetahui serta mendalami teknik menjawab yang betul di dalam peperiksaaan STPM khususnya subjek Pegajian AM.

Program ini dihadiri hampir 500 orang peserta dan melibatkan 5 buah sekolah di Daerah Kuantan.

Program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Encik Kamalifauzi bin Abdul Rashid selaku Ketua Kem Wawasan Negara Bukit Sagu. Seterusnya para peserta telah diberi perkongsian ilmu oleh Encik YBrs. Ir. Khairul Hisham bin Abd Kadar, Pengarah Kolej kemahiran Tinggi Mara Kuantan berbicara berakaitan perancangan atau kaedah bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke KKTM dan MARA. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi bersama Tn Hj Mohd Noor Bin Yusof.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Miftah B. Hj. Surif, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan