Genting Highlands, 11 November 2022 – Bahagian Penyelarasan Strategik (BPS) telah menganjurkan Mesyuarat Pencapaian Pelan Strategik i-LEAD 2022 dan Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik i-LEAD (PSi) 2021 – 2025 pada 09 hingga 11 November 2022 di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.

Pelan Strategik i-LEAD 2021 – 2025 merupakan rujukan utama warga i-LEAD untuk mencapai sasaran dan hala tuju yang telah digariskan. Mengambil inisiatif untuk menilai prestasi pencapaian serta memastikan pelan yang telah dirangka dilaksana mengikut landasan perancangan yang telah ditetapkan. Bahagian Penyelarasan Strategik (BPS) telah menganjurkan Mesyuarat Pencapaian Pelan Strategik i-LEAD 2022 dan Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik i-LEAD (PSi) 2021 – 2025 pada 09 hingga 11 November 2022 di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.

Objektif mesyuarat ini adalah mengkaji dan menilai pencapaian program-program yang telah dilaksanakan oleh i-LEAD pada tahun 2022 sekaligus memperincikan dan menyemak semula perancangan sedia ada bagi separuh penggal 2023.

Pelan Strategik i-LEAD (PSi) 2021 – 2025 adalah panduan utama dalam melaksanakan gerak kerja oleh seluruh warga i-LEAD untuk mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Pelaksanaan strategi dan pelan tindakan yang digariskan memerlukan pemantauan yang terperinci dan perlu disemak semula mengikut perubahan persekitaran dan keutamaan kepada i-LEAD.

Turun hadir YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD bagi mempengerusi Mesyuarat Pencapaian Pelan Strategik i-LEAD 2022 dan Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik i-LEAD (PSi) 2021 – 2025.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan