Putrajaya, 10 November 2022 – Warga i-LEAD turut hadir dan memberi sokongan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah dilaksanakan pada 10 November 2022 bertempat di Dewan Serbaguna KBS, Putrajaya.

YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS telah menyampaikan amanat dan seterusnya menyempurnakan majlis perhimpunan ini.

Pada majlis tersebut YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD telah mewakili i-LEAD untuk menerima Hadiah Tempat Pertama Pertandingan Keceriaan Dalaman KBS Sempena Hari Kebangsaan 2022.

Turut menerima sijil penghargaan warga KBS yang telah berkhidmat selama 20 tahun di KBS ialah YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan), i-LEAD.

Tahniah dan syabas buat semua warga i-LEAD atas semangat dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2022. Semoga kita akan terus cemerlang dan produktif di masa akan datang.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan