Sepang, 9 November 2022 – Pelepasan peserta MFLS ke Korea Selatan Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9 November 2022.

MFLS Go Global merupakan program yang dilaksana bagi melengkapkan elemen pengantarabangsaan di dalam program MFLS Tier 3. Ia bertujuan memberi pendedahan secara langsung melalui pengalaman menyertai dan melaksanakan program belia di peringkat antarabangsa. Platform ini juga digunakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk membina rangkaian perhubungan antara belia di luar negara.

Delegasi MFLS kali ini diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Roslan bin Haji Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), i-LEAD dengan penyertaan seramai 25 orang peserta yang dipilih daripada peserta terbaik MFLS Tier 3 Tahun 2021. Mereka akan berada di Korea Selatan dari 10 hingga 16 November 2022.

Antara aktiviti yang dirancang dan dihadiri adalah Youth International Forum yang membincangkan berkenaan topik-topik berkaitan Sustainable Development Goals (SDG). Selain itu, peserta juga akan menghadiri Youth Cultural Talk di Woosong University diikuti dengan Cultural Performance di ASEAN Korea Centre. Peserta-peserta juga akan berkunjung ke pejabat Malawakil Malaysia di Seoul selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Taman Awam Blue House dan Parlimen.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan