Nilai, 9 November 2022 - Satu lagi program di bawah kelolaan Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, i-LEAD iaitu Kursus Peningkatan Profesionalisme (Sistem eMYInd) telah diadakan pada 7 hingga 9 November 2022 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Objektif program kali ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai pengurusan sistem e-MYInd dan memberi penjelasan mengenai peranan pengguna sistem dalam urusan kemasukan rekod peserta dalam sistem e-MYInd. Program ini telah juga memberi pendedahan dalam merangka dan membincangkan fasa-fasa perekodan maklumat peserta bagi tahun 2022.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan pembantu tadbir yang telah dilantik sebagai pengguna Sistem e-MYInd bagi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan