Maran, 2 November 2022 - Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan Program Peningkatan Profesionalisme Jurulatih MFLS Tier 3 Kembara Halangan dan Rekreasi Luar (Siri 1) bagi tahun 2022 yang telah diadakan pada 31 Oktober hingga 2 November 2022 bertempat di Kem Wawasan Negara Maran, Pahang.

Seramai 20 orang jurulatih daripada kem telah hadir dan berjaya menamatkan program Siri 1 pada kali ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan di i-LEAD, KBS selaku Jurulatih MFLS bagi mengendalikan aktiviti kembara halangan dan rekreasi luar dengan betul dan mengikut peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan