Bandar Enstek, 30 September 2022 - Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, i-LEAD telah melaksanakan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) pada 27 hingga 30 September 2022 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan.

Bengkel ini merupakan medium bagi pegawai-pegawai mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan penyelarasan dokumen audit KKP, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pembangunan Pelan Tindakan Kecemasan. Penglibatan penceramah-penceramah pada kali ini teridiri daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan Jabatan Bomba Malaysia.

Objektif bengkel kali ini adalah memberi kefahaman tentang fungsi dan peranan setiap juruaudit dan keperluan penyelarasan audit ke atas fizikal elemen latihan tali tinggi, mewujudkan garis panduan dokumen audit yang berpiawaian tinggi dan dokumen pelan tindakan kecemasan bagi setiap Kem Wawasan Negara, Akademi Kenegaraan dan Ibu Pejabat i-LEAD serta menjadi salah satu proses ke arah pembangunan Sistem Pengurusan KKP (SKKP) di i-LEAD.

Penyertaan bengkel kali ini adalah seramai 38 orang yang terdiri daripada Ketua Kem, Pegawai Latihan, Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pembantu Kemahiran dan Jurulatih.

Perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Roslan bin Haji Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), i-LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan