Sungai Siput, 21 September 2022 - Program Rukun Negara@Belia (RNB) Remaja- Projek Rukun Negara (5 Segmen) anjuran Kluster Kenegaraan i-LEAD telah dilaksanakan pada 21 September 2022 bertempat di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat bagi menaikkan semangat patriotik dan membuka mata dan minda bahawa kepentingan sebagai warganegara Malaysia dalam sesebuah negara yang makmur ini. Selain itu, kepentingan aset terpenting iaitu anak muda atau golongan belia merupakan tunjang utama bagi peredaran kemajuan dari sudut pembangunan dan keharmonian dalam sesebuah negara.

Program ini telah berlangsung dengan pengisian sebanyak 5 segmen perkongsian iaitu sesi pengenalan, sesi perkongsian ilmu kenegaraan, sesi interaktif, sesi uji minda dan sesi perkongsian bersama dan melibatkan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dari Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak.

Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput iaitu YBrs. Tuan Haji Ahmad bin Haji Omar telah menyempurnakan majlis perasmian program. Beliau juga turut melahirkan rasa berbesar hati beliau tentang program ini dan ia perlu diteruskan bagi memastikan anak muda terus peka dan menanamkan semangat cinta akan negara.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan