Kuala Lumpur, 22 September - Bahagian Pengurusan i-LEAD telah menganjurkan program Bengkel Training Roadmap (TRM) i-LEAD Siri 2 Tahun 2022 pada 20 hingga 22 September 2022 bertempat di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.

Program ini adalah rentetan daripada Siri 1 yang yang berlangsung pada awal Mac 2022 bertempat bertempat di Kem Wawasan Negara Kulim. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai pelbagai skim jawatan di peringkat i-LEAD ia dianjurkan selaras dengan Pelaksanaan Pelan Stratergik i-LEAD 2021-2025 untuk membangunkan satu (1) pelan Latihan (Training Roadmap) bagi pegawai i-LEAD.

Pelaksanaan bengkel ini juga adalah bertujuan untuk mengenalpasti halatuju kerjaya pegawai-pegawai i-LEAD dan keperluan kursus atau kompetensi yang perlu dihadiri pegawai dari peringkat awal 3 tahun perkhidmatan, 3 hingga10 tahun perkhidmatan, perkhidmatan melebihi 11 tahun dan 2 tahun sebelum bersara. Selain itu, kompetensi yang telah dicadangkan dan diperbincangkan turut mengambilkira kompetensi generik dan fungsian bagi setiap jawatan di bawah i-LEAD. Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan i-LEAD, YBrs. Encik Mohd Afendi bin Ya@Zakaria, program ini berjaya mencapai matlamatnya selaras dengan Pelan Strategik i-LEAD 2021-2025 yang perlu dicapai bagi tahun 2022.

Pelaksanaan program ini, turut mendedahkan kompetensi-kompetensi yang memerlukan kemahiran individual dan berpasukan sebagai satu (1) nilai tambah kepada pengawai amnya di bawah i-LEAD.

Dalam mempastikan pelan latihan ini mencapai objektifnya Bahagian Pengurusan akan melaksanakan segala perancangan yang dibuat secara lebih teratur dan sempurna dan mengutamakan kualiti penyampaian yang berkesan.

Hadir sama dalam program berkenaan adalah YBhg. Datuk Haji Roslan bin Haji Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) i-LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan