Meru,19 September 2022 - Kursus Tali Tinggi Pegawai Pengurusan dan Profesional Tahap 3 telah berjaya dilaksanakan pada 19 September bertempat di Kem Wawasan Negara Meru, Selangor.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai gred 41 hingga 44 yang terpilih dari kursus Tali Tinggi Tahap 1 dan 2.
Objektif Program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengendalian latihan tali tinggi ke tahap Master Trainer serta persediaan peserta untuk ditauliahkan sebagai Jurulatih Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) dan ke peringkat seterusnya.

Selain itu, tujuan program juga adalah sebagai medium bagi pegawai-pegawai mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai tatacara pengendalian tali tinggi mengikut Standard Operating Procedure (SOP) sebenar di samping membentuk sifat kepimpinan dalam kalangan peserta.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan