Berita Terkini
- iLEAD2
- Berita Terkini
Bangi, 20 September 2022 - Program Rukun Negara @ Belia (RNB) : Etiket dan Protokol Rasmi telah dilaksanakan oleh Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, i-LEAD anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.
Program ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada warga KBS. Menerusi latihan yang diberikan secara ceramah dan simulasi, peserta berupaya menghayati konsep Rukun Negara yang berpaksikan kepada konsep pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Para peserta telah diberi pengetahuan dan kefahaman mengenai teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis. Di samping itu, warga KBS yang hadir juga turut diberikan panduan dan bimbingan mengenai kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat. Malahan, dapat juga diterapkan di dalam diri warga KBS nilai-nilai kemahiran sosial dan etika sosial yang tinggi supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri dan kesedaran dalam kalangan warga KBS menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
Ceramah telah disampaikan dengan oleh YBrs. Encik Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara.