Sampadi, 17 September 2022 - Program RNB Semarak Merdeka telah dilaksanakan pada 17 September 2022 bertempat di Kem Wawasan Negara Sampadi, Sarawak.

Program selama satu hari ini telah melibatkan Alumni MFLS, belia-belia kampung dan komuniti setempat Zon Sampadi. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman belia terhadap pengertian kemerdekaan Negara Malaysia yang menjadi pegangan dalam mengekalkan keamanan negara.

Program Semarak Merdeka ini dimulakan dengan aktiviti aerobik yang dikendalikan oleh komuniti Zon Sampadi. Program diteruskan dengan pelbagai aktiviti seperti acara sukan dan sukaneka bersama-sama dengan warga kem serta belia-belia dan penduduk kampung, pertandingan motosikal berhias, pertandingan mewarna dan pertandingan lagu patriotik.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan