Ulu Kenas, 15 September 2022 - Kluster Kepimpinan dengan kerjasama Kem Wawasan Negara Ulu Kenas telah mengadakan Program Kepimpinan Altruistik (PKA) Siri 11 Tahun 2022 pada 15 September 2022 bertempat di Kolej Tingkatan Enam Tapah, Perak.

Program ini mendedahkan kepada para peserta berkaitan pengetahuan mengenai kemahiran Kepimpinan Altruistik (kesukarelawanan) dan kefahaman mengenai peranan serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin kelak.

Peserta telah mendengar perkongsian ilmu dan info bersama penceramah dengan dua slot iaitu bagi Slot 1: Pengurusan Bencana bersama Encik Mohd Faizal bin Ab. Hamid daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Manakala Slot 2: Kemahiran Psikologi dan Kaunseling oleh Puan Hajjah Norrahizah binti Yang Rasidi, Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang, Perak.

Seramai 207 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Tingkatan Enam Tapah, Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, SMK Proton City Tanjung Malim dan SMK Sri Kampar telah mengikuti program ini.

Majlis Penutup Program Kepimpinan Altruistik Siri 11/2022 telah disempurnakan oleh Puan Azimah binti Mohd Khudzari selaku wakil Ketua Kem Wawasan Negara Ulu Kenas.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan