Alor Gajah, 18 September 2022 – Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kolej MeaTECH telah mengadakan Bengkel Khas Profesionalisme Trainer MFLS Tier 2 pada11 hingga 18 September 2022 bertempat di Kem Wawasan Negara Alor Gajah, Melaka.

Bengkel khas ini telah melibatkan seramai 140 termasuk urus setia. Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam mengendalikan program MFLS Tier 2 terutama dalam aspek kenegaraan, kepimpinan, pembentukan watak dan jati diri, kesukarelawanan dah keusahawanan.

Selain meningkatkan kemahiran pengendalian trainer dalam modul indoor dan outdoor, bengkel ini juga diharap dapat memastikan kesediaan trainer dalam mengendalikan program MFLS Tier 2 secara bersemuka.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Zainariah binti Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan, i-LEAD. Turut hadir ialah Encik Agus Putra bin Hj. Apandi, Ketua Kem Wawasan Negara Alor Gajah, Melaka.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan