SELANGOR, 10 – 11 September 2022 – Baru-baru ini Kluster Modal Insan dengan Kerjasama Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia telah mengadakan program WoW4U Perdana yang bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor.

Seramai 86 orang wanita muda telah menghadiri Program tersebut yang terdiri daripada pelajar Universiti Kuala Lumpur MICET, Universiti Kuala Lumpur RCMP, Universiti Sultan Azlan Shah, Kelab Sahabat Kafeteen, Malaysian Association of Youth Clubs, dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Objektif program adalah sebagai platform perkongsian pengalaman, idea dan inspirasi berkenaan personaliti dan imej ke arah penyerlahan potensi wanita muda. Selain itu program ini juga bertujuan memberi penghargaan dan memperkasa hubungan rakan-rakan strategik yang telah bekerjasama dalam menjayakan program Women of Wisdom (WoW) sepanjang tahun 2022.

Antara panel jemputan dalam program ini adalah Datin Anne Ngasri (Founder AN Universal), dan Encik Hafiz Mustapha (Founder Cute Carry). Turut hadir dalam program tersebut adalah Encik Hasnul Fairuz bin Hushin Amri (Penaung Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia).

Program WoW4U Perdana ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan