Rembau, 10 September 2022 – Kluster Kerjaya dengan kerjasama Kem Wawasan Negara Ulu Sepri telah mengadakan Program Seminar Kerjaya- Hire Me Now pada 10 September 2022 bertempat di Rumah Kanak- Kanak Rembau, Negeri Sembilan bertempat di Dewan Rumah Kanak- Kanak Rembau.

Seminar ini merupakan salah satu platform untuk meningkatkan kemahiran berkaitan komunikasi berkesan serta pengetahuan peserta mengenai kebolehpasaran peserta di dalam dunia pekerjaan. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan semasa bekerjaya kelak.

Perkongsian dan maklumat terkini dari alam pendidikan ke alam kerjaya dapat membantu pelajar bersedia dengan lebih baik untuk mengharungi kehidupan selepas alam pembelajaran. Pelajar juga akan diberi pencerahan tentang komunikasi secara berkesan yang perlu diberi perhatian serta memberi bimbingan tentang hala tuju kerjaya di Alaf Ke-21. Seminar ini juga bagi mempersiapkan diri pelajar dengan ilmu, Kefahaman dan kemahiran menjaga penampilan secara profesinal semasa bekerjaya

Program tersebut telah dihadiri seramai 96 pelajar, 2 orang guru dan 5 kakitangan i- LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan