Maran, 13 September 2022 – Kluster Kenegaraan dengan kerjasama Kem Wawasan Negara Maran telah mengadakan Kursus Rukun Negara@Belia (RNB) IPGM bersama pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis dan Kampus Dato’ Razali Ismail Batu Rakit, Terengganu pada 9 hingga 11 September 2022 bertempat di Kem Wawasan Negara Maran.

Pelaksanaan kursus ini bagi penjanaan semangat patriotik berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan penghayatan Prinsip Rukun Negara sebagai ideologi negara. Kursus ini juga dapat meningkatkan pengetahuan belia bagi memahami konsep kenegaraan dan membantu belia dalam meningkatkan jati diri untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

Kursus ini turut dihadiri oleh Encik Jamhari bin Shaari, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Insaniah Pusat Hal Ehwal Pelajar IPGM serta Encik Shahnam bin Abd Rashid, Penyelaras Kursus Rukun Negara@Belia (RNB) IPGM Zon Timur dan pensyarah merangkap pengiring dari IPGM Dato’ Razali Ismail Batu Rakit, Terengganu iaitu Dr. Norhidayah binti Muhammad Nawawy.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan