Putrajaya, 17 November 2021 – Kursus i-LEADers Career Coach telah diadakan bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya selama tiga hari iaitu dari 15 hingga 17 November 2021, dan telah dihadiri oleh 14 orang pegawai Kluster Kerjaya.

Objektif kursus ini adalah supaya peserta dapat menjelaskan kaedah menjadi perunding kerjaya dengan betul dan professional. Selain itu, peserta dapat menerangkan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang perunding kerjaya yang berkesan bagi memudahcara belia merancang kerjaya mereka.

Tenaga Pengajar yang dijemput ialah Puan Mary dan Encik Nik Akmal dari Career Cube yang telah berkongsi ilmu dan kemahiran dalam enam modul yang berbeza selama tiga hari berkursus. Antaranya ialah Penerokaan Diri Belia, Penetapan Sasaran Kerja, Kajian Industri dan Pasaran, Mencari Peluang Kerja, Persediaan dan Permohonan Kerja, Hadir ke Temuduga dan Kaedah Susulan.

Encik Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Kluster Kerjaya telah menyampaikan Ucapan Aluan pada permulaan kursus. Turut hadir ialah Encik Mohd Nizam bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-LEAD, bagi merasmikan kursus ini. Penilaian kepada peserta dibuat secara pemerhatian, kerja individu serta kumpulan dan penglibatan peserta secara keseluruhan. Pentauliahan sebagai Associate Certified Career Facilitator (ACCF) hanya diberikan kepada peserta yang memenuhi semua kriteria yang ditetapkan pihak Tenaga Pengajar.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi i-LEAD atas kelulusan bagi mengadakan kursus ini, seterusnya kepada pihak Career Cube atas ilmu dan kemahiran yang dikongsikan. Semoga program pengukuhan profesionalisme pegawai seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun 2022 bagi terus mengasah dan meningkatkan tahap profesionalisme pegawai dalam terus menambah nilai diri.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan