Kuala Lumpur, 13 November 2021 – Konvensyen Kerjaya Industri Sukan (KKIS) anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Sekretariat Industri Sukan (SIS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah berjaya dilaksanakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur mengikut garis pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada 13 November 2021 yang lalu. Sektor industri sukan turut menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Malaysia. Walaupun dianggap satu industri baru yang berumur dua dekad, potensi industri sukan amatlah besar untuk diterokai. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), YAB Perdana Menteri telah menyatakan pentingnya ada satu Dasar Industri Sukan sebagai salah satu dalam strategi kejayaan RMK12. Walaupun pada tahun 2009, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek telah mula memperkenalkan konsep Industri Sukan tetapi satu dasar yang jelas mengenai Industri Sukan masih lagi belum disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Melalui Kanvas Visi Sukan Negara (VSN), YB. Dato' Sri Ahmad Faizal Azumu, Menteri KBS telah menekankan betapa pentingnya peranan Industri Sukan dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Oleh itu, YB Menteri telah bersetuju meletakkan Industri Sukan sebagai salah satu daripada 6 teras VSN.

Konvensyen ini merangkumi dua sesi Libat Urus bagi Penyediaan Dasar Industri Sukan, dua Forum iaitu Forum 1 (Profesionalisme dan Kerjaya dalam Industri Sukan) dan Forum 2 (Pemerkasaan Wanita dalam Industri Sukan) dan Pameran Kerjaya Industri Sukan telah diadakan di hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 13 November 2021 bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker (Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dihadiri oleh TKSU (S) & TKSU (P) KBS, Ketua Pengarah I-LEAD, Ketua Pengarah MSN, CEO ISN, Pengurusan Tertinggi KBS, Pengurusan Tertinggi I-LEAD, Institusi Pengajian Tinggi, Badan NGO Sukan, Pemain Industri, Rakan Korporat, Rakan Media dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program.

Lebih 800 orang peserta konvensyen telah mengikuti konvensyen ini seperti dalam tentatif program. Objektif daripada konvensyen ini, peserta akan diperkenalkan kepada masyarakat apa yang dimaksudkan dengan Industri sukan melalui program-program yang diadakan dalam konvensyen kerjaya ini, memperkenalkan kepada warga Wanita terhadap sektor industri sukan yang boleh diceburi dan menyediakan Dasar Industri Sukan Negara bagi memacu dan mentransformasi Industri Sukan Malaysia


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan