PUTRAJAYA, 16 November 2021 – Kluster Kepimpinan i-LEAD KBS melalui Bidang Tadbir Urus Pertubuhan telah menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah kepada pegawai Gred 29 ke atas di Kluster Kepimpinan. Bengkel ini berlangsung selama satu (1) hari bermula jam 9.00 hingga 5.00 petang. Seramai 22 orang anggota Kluster Kepimpinan telah menyertai bengkel ini.

Bengkel dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh YBrs. Dr. Haji Hanafi bin Haji Harun, Pengarah, Kluster Kepimpinan. Seterusnya sesi bengkel ini telah disampaikan oleh panel jemputan iaitu YBrs. Prof.Madya Dr. Roosfa Hashim, Pengarah IIUM Press Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kualiti penulisan ilmiah di kalangan pegawai-pegawai dan penolong pegawai khasnya di Kluster Kepimpinan.
Menurut Dr. Roosfa, penulisan yang baik adalah tulisan yang dihasilkan daripada penyelidikan, kandungan yang asli, dan membentangkan kajian baharu atau menyempurnakan kajian yang sedia ada.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan