Putrajaya, 11 November 2021 – Bidang Penjanaan Ekonomi, Kluster Kerjaya dengan kerjasama Universiti Zainal Abidin, Terengganu (UniSZA) telah melaksanakan Kursus Career Starter for Youth (CS4Y),) kepada mahasiswa UniSZA Pada 9 hingga 10 November 202. Tujuan program ini adalah bagi mencetus pemikiran baru ke arah transformasi kerjaya dan meningkatkan tahap kebolehpasaran mahasiswa.

Seramai 40 orang peserta telah turut serta dalam kursus ini yang merangkumi tahun akhir dan tahun dua dan pelbagai bidang pengajian. Pendedahan latihan insaniah dalam kursus tersebut mendorong peserta untuk membangunkan diri mereka ke arah yang lebih positif dan berani menyahut peluang dan ruang dalam penciptaan kerjaya dan bukan hanya bergantung kepada pencarian pekerjaan dengan majikan semata-mata.

Pelbagai tips mengembangkan minda, kaedah membuat keputusan, perkongsian tokoh usahawan sebagai inspirasi kejayaan, penciptaan Branding dan Digital Marketing serta Startup dan Inovasi dalam pengembangan potensi diri dalam perniagaan dan akhir sekali dengan perkongsian komunikasi yang berkesan. Kluster Kerjaya telah menjemput beberapa panel luar sebagai rakan strategik untuk turut sama menjayakan kursus ini. Antaranya panel dari agensi Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), panel MYDigo dan usahawan Berjaya. Walaupun program ini dilaksanaan secara dalam talian, ia mampu menarik minat mahasiswa dan mereka mencadangkan program agar diteruskan dengan pelaksanaan secara bersemuka pada masa akan datang.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan