i-LEAD, 12 November 2021 - Kluster Kepimpinan melalui Bidang Tadbir Urus Pertubuhan dengan kerjasama Bahagian Dasar & Perancangan Strategik KBS telah menganjurkan Sesi Libat Urus Model Baharu Pembangunan Belia 2030 secara atas talian bersama alumni MFLS. Program ini berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Acara dimulakan dengan lagu Negaraku, bacaan doa dan kata-kata aluan daripada Encik Ahmad Shukri bin Adnan, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan mewakili Pengarah Kluster Kepimpinan Dr. Hj. Hanafi Harun. Seterusnya sesi taklimat dimulakan yang disampaikan oleh Puan Musyrifah binti Elias, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan.

Seramai 300 orang peserta Alumni MFLS seluruh negara terlibat hadir dalam program dan memberi pandangan dan suara anak muda dalam menjayakan Model Baharu Pembangunan Belia 2030.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan